Thursday, October 8, 2009

Kamu&Dia..Adakah Serasi?

Jika anda inginkan perkahwinan yg bahagia, carilah pasangan yg berbeza posisi dgn anda. Semakin jauh, semakin baik.Pasangan yang urutan lahirnya bertolak belakang, biasanya saling menarik antara satu sama lain. Sehingga sangat baik dalam kehidupan perkahwinan.
Berikut adalah informasi mengenai kombinasi pasangan berdasarkan posisi mereka sebagai anak dalam keluarga serta saranan penting sebagai panduan.
SULUNG+SULUNG DAN TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA
Anak sulung dan anak tunggal memiliki karekter yang sama. Masalah yang dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar daripada sifat mereka sendiri yang inginkan kesempurnaan dan sentiasa memikirkan siapa yang lebih berkuasa dalam apa juga perkara.
SULUNG + TENGAH = PARADOKS
Anak sulung harus menerima kenyataan bhw anak tengah mempunyai karakter terbaik dlm mempertahankan sesebuah perkahwinan.fakta penting bagi anak tengah,anak sulung adalah ‘paradoks’(kelihatan bercanggah tetapi benar) yg membosankan. Sbg anak yg memiliki kakak/abang dan adik, anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang dan gemar memendam perasaan drpd meluahkan isi hati yg sebenar
SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA
Pasangan yg ideal Dan saling tertarik antara satu sama lain.Anak sulung mengajar perkara2 yg berkaitan dgn prinsip hidup Dan rancangan masa depn.Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lbh santai dlm menghadapi hidup.sebaiknya ialah,isteri sulung sementara suami bongsu.Wanita yg lahir sbg anak sulung,sifat keibuannya sgt tinggi.sementara lelaki yg lahir sbg anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorg ibu.dlm hal ini,mrk saling lengkap melengkapi.namun perlu diingat,kebahagian dlm perkahhwinan bkn ‘dilahirkan’ tetapi ‘diciptakan’.
TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU
Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi.tidak gemar berbincang krn takut berlaku perdebatan Dan sering takut jika idea mrk tdk diterima.
TENGAH + BONGSU = AMAN
Seorang pasif dan seorang lagi sosial. Satu kombinasi yg baik dlm segala aspek.
BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT
Kombinasi ini sering terjebak dgn masalh kewangan serta beberapa masalah berat lainnya.Kerana itu sejak drp awal lg, mrk hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak Dan kewajiban masing2.Juga kesepakatan utk menerapkan disiplin dlm rumah tangga. Jika ianya diabaikan,sdh pasti sglnya mjd kelam kabut.Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan org lain.
KESIMPULAN
Namun catatan ini tidak lebih drpd suatu kebiasaan yg sering dilihat. Jadi, bagaimana pun posisi anda, hendaklah sentiasa berusaha yg terbaik. Juga jgn lupa bersyukur walau di mana posisi anda dlm keluarga agar tidak mempengaruhi perjalanan rumah tangga anda. Dgn kata lain, apa yg dicatatkan hanyalah sebagai petunjuk, bukannya anak panah.

0 comments: